Tuesday, July 27, 2010

MINGGU 3 - JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Definisi Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
  • Menurut Kubiszyn dan Borich (2003)-JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
  • JSU merupakan rancangan persediaan soalan yang dikenali sebagai “ Test Blue Print”.
  • Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran ( melintang)
  • Kandungan topik-topik pengajaran
  • Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan
  • Pemberatan (peratus) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran diajar
  • Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.

BENTUK-BENTUK UJIAN

  1. Objektif
  2. Esei
  3. Amali
  4. Kertas Khusus (dll)

KEPENTINGAN JSU
  • Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
  • Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
  • Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
  • Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
  • Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  • Membandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

PENYEDIAN JSU
  • JSU mengandungi maklumat tentang:
  • Bentuk dan panjangnya ujian
  • Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
  • JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
  • Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
  • Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
  • Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
  • Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
  • Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

PENENTUAN ARAS
  1. Pengetahuan
  2. Aplikasi
  3. Kefahaman
  4. Analisis
  5. Sintesis
  6. Penilaian

ARAS PENGETAHUAN
Ciri soalan
  • Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal
  • Contoh Kata Kerja -Labelkan, Senaraikan, Manakah, Apakah

ARAS KEFAHAMAN
Ciri Soalan
  • Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilutrasi dalam bahasanya sendiri
  • Contoh Kata Kerja - Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan

ARAS APLIKASI
Ciri Soalan
  • Memerlukan calon menyelesaikan masalah.Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsure persamaan.
  • Contoh Kata Kerja - Selesaikan, Binakan, Carikan, Tunjukkan, Kirakan, Demonstrasikan

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

1.Langkah Pertama
  • Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.
2. Langkah Kedua
  • Tentukan soalan yang hendak dibina
  • Objektif
  • Jumlah soalan bagi setiap topik.
3. Langkah Ketiga
  • Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item – lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
4. Langkah Keempat
  • Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll).
5. Langkah Kelima
  • Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
  • Menentukan aras kesukaran soalan
  • Penetapan markah
6. Langkah Keenam
  • Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk

Thursday, July 22, 2010

MINGGU 2 - DEFINISI TAKSONOMI

DEFINISI

Taksonomi
  • Istilah kajian tentang prinsip, per­aturan, dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan per­samaan dan perbezaan sifat organisma itu.(ruj. : Kamus Pelajar Edisi Kedua)
  • Taksonomi (daripada kata kerja bahasa Greek tassein = "untuk mengelaskan" dan nomos = undang-undang, sains, cf "ekonomi") merujuk kepada:ü sains pengelasan hidupan (sila lihat taksonomi alfa)ü sistem pengelasan dalam sebilangan bidang yang lain.
  • Pada suatu masa, taksonomi hanya merujuk kepada sains pengelasan organisma hidup tetapi kemudian, perkataan itu digunakan untuk erti yang lebih luas, dan boleh juga merujuk kepada pengelasan barang-barang, atau prinsip-prinsip pengelasannya. Hampir semua benda, objek bernyawa, objek tak bernyawa, tempat, dan peristiwa, boleh dikelaskan menurut skim taksonomi.(Ruj. : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.)

PENGENALAN TAKSONOMI
  • Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan,kesikapan dan psikomotor.

Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-
  • Domain Kognitif - melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
  • Domain Afektif - melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar
  • Domain Psikomotor - melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar

Definisi domain menurut kamus dewan bahasa edisi keempat :
  1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, di tadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu;
  2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tum puan hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit;
  3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data;
  4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan.

TAKSONOMI BLOOM
  • Dalam tahun 1956, Pr. Benjamin Bloom, daripada Universiti of Chicago, memperkenalkan Taksonomi Objektif Pendidikan ( Taxonomy Of Educational Objectives) yang termasyhur itu. Taksonomi Objektif Pendidikan menyediakan satu kerangka untuk keseluruhan panorama objektif pendidikan. Taksonomi ini menyediakan satu skema kemahiran yang bertingkat-tingkat(hierarki).Keseluruhan Objektif Pendidikan ini terbahagi kepada tiga domain yang besar iaitu:
  1. Kognitif
  2. Afektif
  3. Psikomotor

KAWASAN KOGNITIF
  • Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu:
  1. Pengetahuan
  2. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

Huraian mengikut tahap.

TAHAP 1 - PENGETAHUAN
  • Pengetahuan merupakan aspek kognitif yang paling rendah tetapi paling mendasar.
  • Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
Contohnya :
  • Apakah yang dimaksudkan dengan isyarat ini?
  • Pengingatan semula hanya melibatkan menerbitkan kembali kepada fikiran kita perkara atau benda yang disoal itu.
  • Kemahiran mental yang ditekan di sini hanyalah proses mengingat semula.
  1. Pengetahuan secara spesifik
  2. Pengetahuan tentang cara dan kaedah mengendalikan perkara spesifik
  3. Pengetahuan umum (universal) dan abstrak dalam sesuatu bidang
  4. Istilah: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

TAHAP 2 - KEFAHAMAN
  • Pada aras ini, pengetahuan tentang fakta, teori, kaedah dan sebagainya adalah dianggap telah dikuasai, dan seseorang diuji sama ada dia memahaminya atau tidak pengetahuan itu.
  • Terdapat 3 tahap dalam pemahaman iaitu :
  1. Translasi
  2. Interpretasi
  3. Ekstrapolasi
  • Mengubah simbol tertentu menjadi simbol lain tanpa perubahanmakna. Misalkan simbol dalam bentuk kata-kata diubah menjadi gambar
  • Pentafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dsb sesuatu) Contohnya, sesesorang itu telah mengetahui konsep mengenai “motivasi kerja” dan dia telah dapat membezakannya dengan konsep“motivasi belajar”
  • Proses menggunakan logik atau fakta bagi menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pd masa depan: pengitlakan semesta sains mesti dilihat sbg suatu ~; mengekstrapolasi melakukan atau membuat ekstrapolasi.
Contohnya :
  • Apakah mesej papan tanda ini dan nyatakan sebab.
  • Istilah: Pilih, terangkan, tulis semula.

TAHAP 3 - PENYERAPAN (APLIKASI)
  • Pada aras ini, seseorang diperlukan mengaplikasikan pengetahuan dan pemahamannya kepada situasi yang baru.
  • Menggunakan pengetahuan yang ada untuk menyelesaikan masalah atau menerapkan pengetahuan dalam kehidupan sehari-hari.
  • Seseorang dikatakan menguasai kemampuan ini jika ia dapat memberi contoh, menggunakan, mengklasifikasikan, memanfaatkan, menyelesaikan dan mengenalpasti hal-hal yang sama.
  • Penggunaan idea-idea umum, peraturan-peraturan, atau kaedah-kaedah umum pada situasi yang baru. Ia boleh melibatkan prinsip-prinsip yang teknikal, idea-idea, dan teori-teori yang mesti diingat, difahami dan diguna semula pada situasi yang baru.
Contoh :
  • Bolehkah anda berhenti pada tanda ini?
  • Istilah: selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

TAHAP 4 - ANALISIS
Analisis memerlukan seseorang itu memecahmecahkan fakta yang diberi kepada bahagian-bahagian atau elemen-elemen supaya pertalian di antara mereka dapat diperjelaskan.

Contoh:
  • Jika anda adalah seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menyelidik suatu kejadian kemalangan jalan raya, apakah maklumat yang anda sepatutnya kumpulkan untuk membuat laporan?
  • Analisis mencerakinkan bahan yang disampaikan kepada bahagian-bahagian atau elemen-elemen supaya hierarki bahagian-bahagian itu dan pertalian di antara mereka dapat diperjelas atau menjadi nyata.
  • Pencerakinan begini dalah bertujuan untuk memperjelaskan lagi apa yang hendak disampaikan, dan untuk menyatakan bagaimana maklumat yang disampaikan itu telah disusun, dan juga untuk menunjukkan bagaimana ia diatur untuk memberi kesan yang dikehendaki, dan menerangkan asas bagi penyusunan tersebut.
  • Terdapat 3 jenis analisis - Istilah: Bezakan, pasti, pilih.

TAHAP 5 - SINTESIS
  • Pada peringkat ini, anda dikehendaki untuk menggunakan fakta, maklumat dan pengalaman yang ada untuk menyatukannya menjadi satu laporan, alasan, pelan, atau penghujahan yang teratur dan sistematik.
  • Sintesis mencantumkan semula elemen-elemen atau bahagian-bahagian supaya menjadi satu tubuh kembali. Ini melibatkan proses bekerja dengan bahagian-bahagian, elemen-elemen atau unsur-unsur dan
  • proses mengatur, menyusun dan mencantum supaya ia membentuk satu pola atau struktur yang dahulunya tidak jelas kelihatan.
  • Bloom mengemukakan 3 jenis analisis iaitu
  1. Menganalisis
  2. unsurMenganalisis hubungan
  3. Menganalisis prinsip-prinsip organisasi
Contoh:
  • Sebagai seorang pegawai polis, anda telah mengumpul maklumat tentang suatu kejadian
  • kemalangan jalan raya. Sediakan satu laporan tentang kejadian tersebut untuk dibawa ke mahkamah.
  • Istilah: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.


TAHAP 6 - PENILAIAN
  • Penilaian ialah pertimbangan yang dibuat tentang nilai sesuatu bahan atau nilai sesuatu kaedah bagi sesuatu tujuan.Ia termasuk pertimbangan kualitatif dan kuantitatif tentang sejauh mana bahan atau kaedah itu memenuhi satu set kriteria. Kriteria pula boleh yang telah ditetapkan atau yang dibina sendiri. Memerlukan kepada penulisan yang logik dan sistematik, kaedah penyelidikan yang sah, interpretasi data yang logik, dan pertimbangan yang adil.
  • Terdapat 2 kretiria penilaian iaitu :
  1. Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria dalaman
  2. Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria luaran
  3. Istilah: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

KAWASAN AFEKTIF
Kawasan afektif iaitu kawasan yang berkaitan aspek-aspek emosional, seperti perasaan, minat, sikap, kepatuhan terhadap moral dan sebagainya, Dominan ini terdiri daripada

1.Penerimaan (receiving/attending
Kawasan penerimaan diperinci ke dalam tiga tahap, iaitu :
  • Kesediaan untuk menerima (awareness)
  • Keinginan untuk menerima (willingness to receive),
  • Mengawal dan memberi perhatian (controlled or selected attention)
2. Sambutan (responding)
Memberikan respon terhadap ransangan, yang meliputi proses seperti berikut:
  • Kesediaan untuk bertindak balas (acquiescene of responding)
  • Kemahuan untuk bertindak balas (willingness to respond)
  • Kepuasan dalam bertindak balas (satisfaction in response)
3. Penilaian (valuing)
Pada tahap ini sudah timbul proses internalisasi untuk memiliki dan menghayati inilai dari ransangan yang dihadapi. Penilaian tebahagi kepada empat tahap iaitu :
  • Menerima nilai (acceptance of value)
  • Memilih keutamaan untuk menilai (preference for a value)
  • Komitmen iaitu kesetujuan terhadap suatu nilai dengan alasan-alasan tertentu yang muncul dari rangkaian pengalaman.
  • Komitmen ini dinyatakan dengan rasa senang, kagum, terpesona
4. Organisasi (organization)
Tahap ini bukan hanya melibatkan menginternalisasi satu nilai tertentu seperti pada tahap komitmen, tetapi melihat beberapa nilai yang relevan untuk disusun menjadi satu sistem nilai. Proses ini dibentuk dalam dua tahap, iaitu :
  • Konseptualisasi nilai
  • Pengorganisasian sistem nilai
5. Perwatakan (characterization)
Perwatakan iaitu kemampuan untuk menghayati atau mempribadikan sistem nilai. Hal ini bermaksud, ianya bersifat fleksibel. Pada tahap perwatakan, sistem itu selalu konsisten. Proses ini terdiri daripada dua tahap, iaitu :
  • Generalisasi, yaitu kemampuan untuk melihat suatu masalah dari suatu
  • sudut pandang tertentu.
  • Karakterisasi, yaitu mengembangkan pandangan hidup tertentu yang memberi corak tersendiri pada kepribadian diri yang bersangkutan.

KAWASAN PSIKOMOTOR
  • Kawasan psikomotor iaitu kawasan yang berkaitan dengan aspek-aspek keterampilan yang melibatkan fungsi system syaraf dan otot (neuronmuscular system) dan fungsi psikis. Kawasan ini mempunyai 5 arasseperti berikut:
Persepsi
  • Ia adalah proses menjadikan seseorang itu mengetahui atau sedar tentang objek , kualiti dan hubungan-hubungan melalui alat-alat deria. Hal ini melibatkan tiga perkara iaitu ransangan deria, pemilihan tanda saran,dan terjemahan
Set
  • Set adalah satu kesediaan untuk sesuatu jenis tingkah laku atau pengalaman. Set ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu set mental, set fizikal dan set emosional.
Gerakan terbimbing
  • Ia adalah satu langkah permulaan dalam membentuk kemahiran.tindak balas terbimbing adalah tindakan pelakuan seseorang individu yang nyata bawah bimbingan seorang tenaga pengajar. Ada dua kategori yang berhubung dengan perkara ini iaitu ‘meniru’ dan ‘cuba dan ralat’
Mekanisme
  • Tindak balas yang telah dipelajari menjadi habitat. Ia melibatkan beberapa tindak balas dalam melaksanakan tugas itu. Kebolehan-kebolehan digabungkan untuk mendapatkan kemahiran itu.
Gerak balas nyata yang kompleks.
  • Pada peringkat ini, seseorang itu boleh melakukan satu tindakan motor yang dianggap kompleks kerana satu kadar kemahiran yang tinggi telah pun dicapai. Ada dua kategori lain yang berkaitan dengan perkara ini iaitu ketetapan ketidakpastian(tindakan itu dilakukan tanpa ragu-ragu untuk mendapatkan satu gambaran rangkaian tugasan) dan pelakuan automatik( seseorang boleh melakukan satu koordinasi kemahiran motordan mengerjakannya dengan mudah sekali).

DOMAIN KRATWOHL (DOMAIN AFEKTIF)
  • Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif kepada beberapa bahagian iaitu :
1. Penerimaan
  • Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolah ransangan. Tindakan adalah terhad.
2. Gerak balas
  • Seseorang akan bertindak balas kepada ransangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindak balas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerak balas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.
3. Penilaian
  • Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.
  • Jenis penilaian:
  1. penerimaan semua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan
  2. pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya
  3. komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran
4. Organisasi
  • Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian di antaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.
5. Perwatakan
  • Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Sunday, July 4, 2010

MINGGU 1 - PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENTAKSIRAN
  • Merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Definisi Pentaksiran
  • Satu proses mndapatkan mklumat dan seterusnya mmbuat penghakiman ttg produk sstu proses pendidikan.

Tujuan Pentaksiran
  • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
  • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa p&p.
  • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang p&p.
  • Mmperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Ciri-ciri Pentaksiran Yang Baik
  • Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
  • Kebolehtadbiran – kelicinan dan kerja2 susulan yg dilaksanakan secara berpusat @ berasaskan sekolah.
  • Kemudahtafsiran – maklumat ttg calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
  • Kekomprehensifan – mengandungi soalan2 yg mewakili semua objektif yang penting.

PENGUJIAN

Definisi Ujian
  • Tuckman (1975) – ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.
  • Gagne (1970) pual mendefinisikan adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)

KEPENTINGAN PENILAIAN DAN UJIAN
  • Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
  • Membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai.
  • Bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.
  • Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan bidang lain.
  • Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
  • Untuk membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
  • Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

PENILAIAN
  • satu aktiviti atau proses yang brsistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajran.
  • Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
  • Penilaian Formatif
  • Ialah untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid.
  • Maklum balas ini akan memberi petunjuk-petunjuk kejayaan serta kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan.
  • Oleh kerana penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses, keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang murid dengan murid lain.

Penilaian Sumatif
  • Bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.
  • Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Cara Melaksanakan Penilaian

  • Terdapat dua cara melaksanakannya :
  1. Informal-Seperti pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz.
  2. Formal-Seperti ujian pensel dan kertas.
  • Dalam ujian pensel dan kertas pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan.
  • Semua aspek perkembangan murid yang merangkumi bidang-bidang kognitif, efektif dan psikomotor akan dinilai selaras dengan kehendak komponen-komponen kurikulum.
  • Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan supaya penganalisaan prestasi murid-murid dapat dibuat dan kerja-kerja susulan dapat dirancangkan.
  • Dua jenis rekod perlu disimpan bagi setiap orang murid, iaitu rekod prestasi dan rekod profail.
  • Rekod prestasi akan menunjukksn pencapaian & rekod profail akan menunjukkan perkembangan pembelajaran serta minat keseluruhan murid-murid dari semasa ke semasa.