Monday, August 16, 2010

MINGGU 4

PEMBINAAN UJIAN
  • Objektif
  • Subjektif

Objektif
  • Ketelusan & ketepatan
  • Merupakan respon item bebas
  • Pilih satu jawapan daripada beberapa jawapan yang disediakan
  • Mempunyai pokok soalan ( kata kunci ) & beberapa pilihan jawapan

JENIS-JENIS SOALAN OBJEKTIF

Item Betul-Salah
-mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja : betul ( B ) /salah ( S ), Setuju ( S ) / tidak setuju ( TS )atau ya ( Y ) / tidak ( T )
-melibatkan penerimaan / penafian. Contoh : Lawan bagi perkataan pantas ialah lambat.
( Ya / Tidak )

Item Padanan
- Mengandungi dua kumpulan objek / perkara yang berkaitan.
- Pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek/perkara di sebelah kiri dengan objek/perkara di sebelah kanan.

Item Aneka Pilihan
- Golongan item tetap kerana diberikan tindakbalas terbatas.
- Contoh : Item aneka pilihan berbentuk soalan
1. Di antara ayat-ayat ini yang manakah merupakan ayat permintaan?
A) Pergi kau dari sini!
B) Jangan balik sebelum kamu habiskan latihan ini.
C) Silalah datang ke sini selalu
D) Kamu hendaklah rajin belajar jika mahu jadi pandai.

- Pokok soalan boleh berbentuk ayat tidak lengka ( Contoh : Isi tempat kosong ) dan boleh berbentuk kenyataan dengan beberapa pilihan jawapan.
- Harus mempunyai soalan yang jelas & pengganggu
- Pokok soalan ayat tidak lengkap : Dia berusaha____________syair yang ditulisnya.
- Banyak jenis cantuman, urutan
- Jenis soalan pengelasan : Mengandungi 2 objek yang berkaitan.

Panduan Pembinaan Ujian Objektif

1. Pokok Soalan
- Bahasa mudah
- Ayat mudah difahami
- Kurangnya soalan berbentuk negatif. Contoh : Tidak benar, Kecuali, Bukan..
- Gambarajah & carta mestilah disertakan dengan soalan berkaitan.

2. Pilihan jawapan hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan.
A ) Jawapan pendek -----> D ) Jawapan panjang
- Sekiranya jawapan menggunakan huruf, hendaklah menggunakan huruf kesemuanya.
- Elakkan ulangan perkataan
- Perlu ada pengganggu soalan
- Elakkan jawapan " Tiada jawapan" / " Semua di atas "

3. Struktur item/jawapan
- Guna roman / nombor biasa

4. Bahan rangsangan

KELEBIHAN OBJEKTIF
  1. Mudah - membina soalan & untuk memeriksa
  2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan - boleh ditadbir & masa menjawab yang mencukupi
  3. Menguji banyak topik
  4. Ada ujian diagnostik
  5. Mudah ditafsir

KELEMAHAN
  1. Tidak dapat beri hujah yang bernas
  2. Menggalakkkan tekaan
  3. Sukar dibina
  4. Tidak dapat mengukur tahap kebolehan pelajar

JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF
  • Struktur ( Terhad )
  • Esei ( Lanjutan )
- Soalan jenis tindakbalas terhad
* memerlukan jawapan terhad
- Jawapan pendek
- Markah terhad
-Calon boleh tulis jawapan 1 ayat, 1 frasa / 1 pernyataan
- Soalan jenis tindak balas lanjutan ( esei )

PANDUAN PEMBINAAN SUBJEKTIF
  1. Bentuk JSU
  2. Guru gubal soalan : Berbentuk esei atau struktur
  3. Tugas soalan hendaklah lengkap & jelas
  4. Tentukan perkataan yang digunakan setaraf dengan calon
  5. Guna perkataan seperti bandingkan, nilaikan, terangkan & jelaskan
  6. Bilangan soalan yang berpatutan : mempunyai ciri kebolehtadbiran
  7. Sediakan skema pemarkahan
  8. Cara memeriksa ialah Holistik & Analitik

KELEBIHAN SUBJEKTIF
  1. Mudah digubal
  2. Sangat sesuai untuk semua mata palajaran
  3. Sangat sesuai untuk ukuran keenam-enam aras
  4. Boleh menggalakkan calon menganalisis & mengintergrasikan idea-idea yang diperolehi
  5. Mengurangkan konsep meneka

KELEMAHAN SUBJEKTIF
  1. Bidang yang diuji terhad
  2. Boleh diramal
  3. Mengujur pengetahuan pelaja dalam satu bidang sahaja.
  4. Pemeriksaan mengambil masa yang panjang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.