Thursday, October 28, 2010

MINGGU 10 - PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Forum
  • Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
  • Dijalankan secara formal.
  • Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
    a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
    b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
  • Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
  • Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

Debat

  • Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
  • Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
  • Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
  • Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
  • Pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
  • Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
  • Masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

Pidato

  • Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
  • Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
  • Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

Pantun

  • Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
  • Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
  • Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
  • Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
  • Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
  • Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
  • Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

Sajak

  • Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
  • Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
  • Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
  • Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

Ceramah

  • Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
  • Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
  • Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
  • Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
    i) Ceramah agama
    ii) Ceramah pendidikan
    iii) Ceramah kesihatan
    iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

Syarahan

  • Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
    (a) Kata alu-aluan/pendahuluan
    (b) Kata-kata penghadapan
    (c) Isi
    (d) Penutup
  • Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perludisampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
  • Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
  • Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
  • Peringkat / Langkah Kemahiran
    1) Persediaan
    · Memahami tajuk dan kehendak soalan
    · Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
    · Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
    2) Penulisan
    · Menulis perenggan pendahuluan
    · Mengembangkan isi-isi secara tersusun
    · Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
    3) Penyemakan
    · Menyemak ejaan dan tanda baca.
    · Menyemak tatabahasa
    · Menyemak jumlah perkataan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.