Thursday, October 28, 2010

MINGGU 9 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Kemahiran Lisan

  • Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
· Kemahiran mendengar
ü Kemahiran paling asas
ü Berlaku pada peringkat penerimaan
ü Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.
  • Kemahiran bertutur
ü Melafazkan bunyi-bunyi bahasa drpd alat-alat artikulasi
ü Peringkat penglahiran
ü Perlu ditiru & diajuk
ü Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tapi model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.
Tujuan Kemahiran Lisan
  • Menyebut perkataan / ayat dgn betul
  • Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
  • Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
  • Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
  • Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai, & perbendaharaan kata yang luas.
Kemahiran-kemahiran yg boleh diperoleh oleh murid :
  • Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yang betul
  • Bertutur dengan nada, intonasi, & sebutan yang betul.
  • Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar, & menghormati pertuturan orang lain.
  • Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
  • Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan.
· Mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi.
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
  • bacaan kuat
  • syarahan
  • perbahasan
  • bercerita
  • perbincangan
  • hafazan
  • temu bual
  • soal jawab
  • nyanyian
  • deklamasi sajak
  • mendengar dan memberi respon secara lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
  • mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
  • mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
  • mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
  • mengesan kelancaran dalam sebutan.
  • mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
  • Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
  • Contoh : PLBS
Menyediakan instrumen
  • soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
  • aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
  • pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
  • aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
Konsep Kemahiran Mendengar
  • Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
  • Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.
  • Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
  • Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
  • Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
  • Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)
Peringkat Mendengar
  1. mendengar deretan bunyi
  2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar
  3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar
  4. Bertindak terhadap bunyi
Jenis-jenis mendengar
  • Mendengar pasif
- Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
- Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.
  • Mendengar secara bertelau-telau
- Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
- Lemah dalam bahasa yang dipelajari & tidak didedahkan kepada suasana bahasa tersebut.
  • Mendengar tanpa tindak balas
- Mendengar tp tidak bertindak balas
- Tidak beremosi dan tidak memahami
  • Mendengar secara menebuk-nebuk
- Berlaku pada pelajar bahasa ibunda
- Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut tetapi sebenarnya tidak
  • Mendengar secara beremosi
- Mendengar & mampu meransang emosi
- Merasa sesuatu dan bertindak balas
· Mendengar secara berhati-hati
- Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
- Memahami ujaran dgn tepat
  • Mendengar secara kritikal
- Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
- PnP KBKK
  • Mendengar secara pengamatan
- Murid sudah mampu berfikir kritikal
- Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yang didengar lebih bermakna)
  • Mendengar secara kreatif
- Mengulas, mengritik, menilai
- Mencapai penguasaan bahasa yang baik
Peringkat-peringkat kemahiran mendengar & contoh :
  • Peringkat awal
- Melakukan sesuatu yang disuruh
- Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
- Mengecam, mengajuk & memilih bunyi
  • Peringkat pertengahan
- Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
- Mengesan urutan
- Mengenal sebab dan akibat
  • Peringkat maju
- Mengenal isi-isi penting
- Mengenal peranan dan perhubungan org yang bercakap
- Mentafsir maksud
- Memberitahu tekanan dan intonasi
Kemahiran Bertutur
Konsep
  • Gabungan bunyi-bunyi bahasa
  • Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak)
  • Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
  • Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.
Aspek-aspek Pertuturan
a)Sebutan
  • murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
  • Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.
b)Tekanan
  • Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
  • Biasanya dilakukan pada suku kata.
  • Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
  • Lambangnya ialah /?/.
  • Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.
c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
  • Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
  • Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.
d) Kefasihan
  • boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.
e) Laras bahasa
  • kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
  • melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
  • Bertujuan untuk berkomunikasi.
f) Tatabahasa
  • merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
  • Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
  • fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
  • morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
  • sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
  • Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.
g) Jeda
  • jeda = persendian
  • digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
  • Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
  • Lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
  • /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.
h) Intonasi
  • merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
  • juga disebut sebagai nada suara
  • intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
  • intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.
I)Nada
  • nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
  • nada tidak bersifak fonemik.
j) Kelancaran
  • bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
  • murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.
Gaya Bahasa Berdasarkan Nada
  • Gaya yg sederhana
- Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
- Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.
  • Gaya bahasa mulia & bertenaga
- Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
- Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.
  • Gaya menengah
- Bertujuan utk menghasilkan suasana yang tenang dan damai.
- Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
- Cth situasi pesta dan rekreasi
Faktor Mempengaruhi Pertuturan
  • Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
  • Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
  • Fizikal – alat artikulasi
  • Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
  • Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
  • Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
  • Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan alat artikulasi.
Kemahiran (Menulis)
Konsep
  • Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti :
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan
  • Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
Kemahiran menulis
Menyusun idea
Penggunaan tanda baca
Perbendaharaan kata
Mengaplikasi
Mentafsir
Menilai
PERLU DIINGAT
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
Skema pemarkahan disediakan
Bentuk Item
  • Bentuk Item Objektif (HYPERLINK)
  • Bentuk Item Subjektif
Mengesan Serta Merta
Tujuanmengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran harian
Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.
Merekod & Melapor :
- Perlu direkod
- Dilaporkan jika perlu
Bagaimana ?
- Dirancang jika perlu
- Individu @ kumpulan
- Tiada instrumen khusus
Tindakan Susulan :
Perlu tindakan serta-merta seperti;
- Bimbingan
- Teguran
- Nasihat
- Pujian
Mengesan Kemajuan
Tujuanmengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
Bagaimana?
- Perlu dirancang
- Individu @ kumpulan
- Gunakan instrumen seperti :
*lembaran kerja
* Ujian bertulis
Merekod & Melapor
- Perlu direkod
- Dilaporkan jika perlu
Tindakan Susulan
- Perlu tindakan susulan
Contoh :
-menilai laporan bertulis
- Menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif
Mengesan Pencapaian
Tujuan – mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
Bagaimana?
- Perlu dirancang
- Secara individu
- Gunakan ujian bertulis
Tindakan susulan
- Harus diambil jika perlu
Contoh :
- Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif
Merekod & melapor
- Perlu direkod
- Perlu dilapor
Kemahiran ( Membaca)
· Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya :
· SQ3R,1H+5W, SKIMMING, SCANNING,KWLH dll.
· ‘Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984)
· ‘Reading can be seen as a process of recreating the text in the reader’s mind’ (WALTER1985)
· Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.
· Membaca dengan tidak memahami apa yang dilihat atau disebut bukanlah membaca. Ia hanya sekadar melihat atau menyebut simbol-simbol
Tujuan Pembacaan
· Mengetahui isi-isi penting.
· Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati.
· Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas supaya mudah diingati dan difahami.
Cara Gaya Pembacaan
· Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda.
· Persediaan yang cukup.
· Tumpukan perhatian, minat dan fikiran
· Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.
Peringkat Bacaan
Kesediaan Membaca
Prabacaan
Membaca secara mekanis
Membaca secara mentalis
Bacaan Intensif
Bacaan Ekstensif
Aspek-Aspek Berkaitan Kemahiran Membaca
  • Kadar kelajuan
  • Pergerakan mata
  • Mengenal pasti struktur ayat
  • Membaca secara kuat
  • Membaca secara aktif
  • Menunjuk
  • Motivasi
  • Gerak hati atau jangkaan
  • Keadaan fizikal
Peringkat-Peringkat Pemahaman
  • Peringkat Lateral
¡ Pengetahuan dan pemahaman murid
¡ Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami
  • Interpretasi
¡ Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas
¡ Menentukan sebab petikan tersebut ditulis
¡ Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan
  • Inferens
¡ Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan
¡ Menentukan sebab dan akibat
  • Menilai
¡ Peringkat analisis dan sintesis
¡ Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut Taksonomi Bloom
¡ Mampu membezakan yang baik dan buruk.
¡ Mempunyai pendapat tersendiri.
Teknik SQ3R
  • Diperkenalkan oleh Robinson (1961).
  • Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
  • S – Survey (Kaji)
- Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
q Q – Question (Soal)
- Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
q R – Read (Baca)
- Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.
S - SURVEY
1. Sebelum anda membaca sesuatu atau belajar sesuatu, anda perlu tahu apa yang anda mahu cari sebenarnya, maklumat apa yang anda perlukan dan apa yang anda akan jumpa semasa anda membaca buku itu.
2. Sekiranya anda dapat berfikir sebegini, MINDA AKAN LEBIH FOKUS sebenarnya.
Tips penting :
a. Perhatikan sebarang huruf yang besar/yang
dihitamkan/digariskan. Merupakan petunjuk
bahawa ia adalah penting. Jika diabaikan,
mungkin akan tertinggal isi penting dan tidak
dapat memahami apa yang cuba disampaikan.
b. Perhatikan – gambar/ilustrasi mengenai bab
yang akan dibaca. Ianya sangat membantu
dalam memahami bab tersebut.
c. Teka – apa yang akan anda baca sebentar lagi.
d. Lihat soalan-soalan yang disediakan di akhir
bab.
Q – QUESTION (SOAL)
1. Ada satu perkara ajaib mengenai soalan, soalan boleh membuat minda anda terbuka untuk mempelajari sesuatu.
2. Apabila anda menyoal diri anda, anda jadi berminat untuk mengetahui jawapannya.
3. Apabila anda berminat untuk mengetahui sesuatu jawapan, anda akan jadi lebih fokus.
4. Soalan membuat anda sedar apa yang anda cari, anda akan lebih mudah menjumpainya.
5. Soalan sebenarnya meningkatkan tahap ingin tahu dalam diri kita.
R – READ (BACA)
1. Membaca ada kaitan dengan berfikir.
2. Semasa membaca, anda perlu berfikir – ingat langkah-langkah dalam S dan Q tadi.
3. Aktifkan minda semasa membaca, cari jawapan kepada soalan yang anda fikirkan.
4. Apabila anda aktif berfikir semasa membaca, anda akan menumpukan sepenuh perhatian, dan minat anda untuk terus membaca juga akan semakin meningkat.
5. Apabila terjumpa dengan jawapan kepada soalan yang anda fikirkan, anda akan lebih mudah ingat.
6. Tips penting :
a. Tuliskan soalan di atas kertas dan letakkan kertas di sebelah anda ketika membaca. Sekali-sekala, lihat semula kertas itu untuk mengingatkan diri anda kepada soalan-soalan tersebut.
b. Jangan risau sekiranya anda rasa sukar, janggal atau tidak selesa pada permulaannya, merupakan perkara biasa. Teruskan menggunakan teknik ini, anda akan biasa, selesa dan seronok akhirnya.
R – RECITE (LAFAZKAN SEMULA)
1. Selepas habis membaca satu-satu bab, berhenti seketika dan cuba ingat semula apa yang telah anda baca.
2. Ingat semula soalan-soalan anda dalam langkah awal tadi dan cuba jawab soalan-soalan tersebut.
3. Jika tak ingat jangan teruskan membaca, semak semula.
4. Setelah yakin dan faham, serta dapat menjawab soalan tersebut teruskan membaca bab yang seterusnya.
R – REVIEW (ULANG)
1. Setelah habis membaca, lihat semula semua soalan yang telah anda fikirkan tadi. Cuba jawab semua soalan dalam minda anda. Jika rasa tidak berapa ingat, anda boleh buka semula muka surat berkenaan dan cari semula maklumat tersebut.
2. Bayangkan apa yang anda baca tadi dalam bentuk tayangan gambar, bayangkan anda melihat tayangan gambar penerangan itu dari awal hingga akhir.
3. Anda juga boleh bayangkan soalan itu keluar dalam kertas peperiksaan.
4. Akhir sekali, tuliskan semula di atas kertas apa yang telah anda dapat atau ingat dari pembacaan anda tadi.
Kelebihan Teknik SQ3R
  • Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar.
  • Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.
  • Lebih fokus terhadap apa yang kita baca.
  • Perlu dijelaskan instrumen kemahiran membaca.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.